Maklumbalas

feedback

Media Sosial


CCSmart

A+ R A-

Kursus Pendek Kolej Komuniti Arau Perlis

E-mail Cetak PDF
Sinopsis Kursus Pendek:

Memberikan pendidikan dan latihan kepada semua lapisan masyarakat setempat untuk meningkatkan kualiti hidup.
Memberikan latihan kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan mutu kerja.
Memberi pendidikan sepanjang hayat kepada lapisan masyarakat yang berminat melalui program yang fleksibel dan mudah akses.

Kumpulan Sasaran:

  1. Lepasan sekolah/penganggur
  2. Suri rumah
  3. Pekerja industri/swasta/awam
  4. Bekerja sendiri
  5. Pesara
  6. Pertubuhan Bukan Kerajaan
  7. Warga Emas (55 ke atas)
Tempoh Kursus:
Bergantung kepada jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak Kolej Komuniti Arau , Perlis.

Prospek Latihan:

Peserta kursus diharapkan akan dapat menguasai kemahiran dalam kursus-kursus yang disertai agar boleh membantu meningkatkan mutu kerja dalam kehidupan masing-masing.
Latihan akan dapat menyediakan pengetahuan asas dalam memilih kerjaya yang sesuai samada bekerja sendiri atau bekerja dengan majikan.

Bayaran:

Bayaran kursus dikenakan adalah sebanyak (RM5 - RM20).
Warga emas dan OKU adalah dikecualikan daripada bayaran yuran.
Bayaran pelbagai akan dikenakan mengikut jenis kursus tidak melebihi RM30.
Sijil akan dikeluarkan untuk peserta-peserta kursus.

Keadah Pembelajaran

Pembelajaran kursus pendek adalah berpandukan konsep 'hands-on' di mana peserta mempunyai peluang untuk praktikal mengikut bidang kursus. Kebanyakan kursus ini dilakukan di luar waktu bekerja atau cuti.

Tempat Kursus
Tempat kursus bergantung kepada kesesuaian kursus samada di kolej atau premis luar kolej.

Permohonan
Permohonan boleh dibuat terus dengan kolej menawarkan kursus-kursus pendek tersebut sama ada secara individu atau berkumpulan. Permohonan secara berkumpulan adalah digalakkan dengan menulis surat beserta senarai nama.

Pensijilan
Peserta kursus pendek akan diberikan sijil penyertaan kursus pendek dari Kolej Komuniti yang berkenaan.


PERTANYAAN:


Unit Kursus Pendek Kolej Komuniti Arau Perlis
Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat
Kolej Komuniti Arau Perlis.
Tel : 04-9779412/04-9869800
Faks : 04-9861708/04-9779461
HP : 019-4166494
Blog:http://kurspen-kkarau.blogspot.com/
Emel : Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya
Facebook : Pembelajaran Sepanjang Hayat KKAP


1malaysiajata1jata2logokkperlistimbangjpamampuhrmismsc





Login

Register

*
*
*
*
*

* Field is required