Sepanjang tempoh Kolej Komuniti Arau Perlis beroperasi , banyak acara dan peristiwa telah berlangsung dalam usaha Kolej Komuniti Arau Perlis untuk mempromosikan dan menyebarkan maklumat tentang kursus-kursus yang di tawarkan. Berikut adalah koleksi gambar Kolej Komuniti Arau Perlis untuk tatapan pengunjung laman web ini :-
Majlis Kenduri Kampung Sempena Persaraan Pengarah Kolej Komuniti Arau Perlis
Satu Majli Kenduri Kampung bersempena persaraan mantan pengarah Kolej Komuniti Arau Perlis iaitu Encik Abdul Wahab bin Ismail telah diadakan pada 16 Mei 2007. Majlis ini turut disertai oleh JKKK Taman Chempaka , Arau Perlis serta penduduk-penduduk kampung di kawasan sekitar Kolej Komuniti Arau Perlis.
>> Read more
Malam Jasamu Dikenang , Semusim Berlalu Sejuta Kenangan.
Kolej Komuniti Arau Perlis telah mengadakan satu majlis bersempena dengan persaraan mantan Pengarah Kolej Komuniti Arau Perlis iaitu Encik Abdul Wahab bin Ismail. Majlis ini telah diberi nama , Malam Jasamu Dikenang , Semusim Berlalu Sejuta Kenangan. Majlis ini telah diadakan di Hotel Putra Palace , Kangar pada 17 Mei 2008.
>> Read more
Lawatan daripada pihak University of Rajabhat Bangkok Cawangan Saturn , Thailand.
Pihak Kolej Komuniti Arau Perlis julung kalinya telah menerima lawatan daripada pihak luar negara iaitu daripada University of Rajabhat Bangkok Cawangan Saturn , Thailand. Para pelawat adalah terdiri daripada Pegawai Perhubungan Luar Universit , Pensyarah dan para Pelajar daripada Fakulti Pembangunan Masyarakat. Majlis Suai Kenal dan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak dan Bola Tampar telah diadakan bagi menyambut kedatangan mereka. Pihak Kolej Komuniti Arau Perlis amat berbesar hati dengan kunjungan daripada pihak University of Rajabhat Bangkok Cawangan Saturn , Thailand.
>> Read more
Minggu Kesedaran IT Kolej Komuniti Arau : Album 1
Kolej Komuniti Arau Perlis telah mengadakan satu pogram yang di namakan sebagai Minggu Kesedaran IT yang telah berlangsung pada 5 hingga 9 Mei 2008 yang lepas. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah Kursus Pendek IT , Pameran dan Jualan IT serta Pertandingan IT.
>> Read more
Minggu Kesedaran IT Kolej Komuniti Arau : Album 2
Kolej Komuniti Arau Perlis telah mengadakan satu pogram yang di namakan sebagai Minggu Kesedaran IT yang telah berlangsung pada 5 hingga 9 Mei 2008 yang lepas. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah Kursus Pendek IT , Pameran dan Jualan IT serta Pertandingan IT.
>> Read more