:::... Misi Kursus Pendek Kolej Komuniti Arau Perlis ...:::
Mewujudkan peluang , membangunkan potensi dan kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan masyarakat setempat melalui pendidikan dan latihan.
Selain menawarkan kursus sepenuh masa, Kolej Komuniti Arau Perlis juga turut menawarkan kursus pendek kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan taraf hidup dan kemahiran melalui kursus latih semula, seminar, bengkel, ceramah dan sebagainya.
:::... Objektif Kursus Pendek Kolej Komuniti Arau Perlis ...:::
Memberi peluang pendidikan dan latihan kepada semua lapisan masyarakat untuk meningkatkan kualiti kerja.
Memberi Pembelajaran Sepanjang Hayat kepada semua lapisan masyarakat melalui program yang fleksibel dan mudah alih.
:::... Tempoh Kursus Pendek Kolej Komuniti Arau Perlis ...:::
Bergantung kepada jenis kursus atau modul yang ditawarkan oleh pihak Kolej.
Kebanyakan kursus pendek Kolej Komuniti Arau Perlis dijalankan pada hujung minggu (Sabtu & Ahad)
Peserta kursus boleh berbincang dengan pihak Kolej sekiranya mempunyai cadangan masa yang sesuai untuk menjalankan sesuatu kursus.
:::... Syarat Penyertaan Kursus Pendek Kolej Komuniti Arau Perlis ...:::
Warganegara Malaysia
(Terbuka kepada semua golongan dan peringkat umur)
Berminat untuk mengikuti kursus yang ditawarkan.
Boleh membaca dan menulis
:::... Yuran Penyertaan Kursus Pendek Kolej Komuniti Arau Perlis ...:::
Yuran penyertaan yang dikenakan bagi setiap kursus adalah di antara RM 5.00 hingga RM 20.00 (tidak termasuk kos bahan) bergantung kepada tempoh kursus yang di tawarkan.