Kursus ini meliputi latihan kemahiran dalam bidang pemprosesan makanan dan kawalan mutu hasilan makanan. Modul yang ditawarkan merangkumi pemprosesan dan pembungkusan semua kategori makanan khususnya yang bersumberkan bahan mentah tempatan. Ini termasuklah pemprosesan dan kaedah pengawetan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan hasilan laut, daging, ayam, telur, hasilan koko, gula, bakeri, minyak dan snek tempatan. Di samping itu, pelajar juga didedahkan kepada aspek pengawalan mutu makanan, baik semasa atau selepas pemprosesan, aspek kandungan makanan dan pemakanan, menguji dan menganalisis makanan, perundangan yang berkaitan makanan serta pengurusan dan pemasaran hasil makanan.
Lulusan kursus ini berpeluang berkhidmat sebagai:-
Usahawan Pengeluaran Produk Makanan
Pembantu Kawalan Mutu Makanan
Pembantu Pengeluar Makanan
:::... Modul-modul di bawah Kursus Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan ...:::
Pemprosesan Hasil Bijian
Modul ini mengandungi operasi pengilangan beras, pemprosesan hasil beras seperti bihun, laksa, dan kueteow, operasi pengilangan gandum, pemprosesan hasil gandum seperti mi kuning dan macaroni, pemprosesan hasil kacang soya seperti susu soya, tauhu manis, tauhu lembut, tauhu keras, fucuk dan tempeh, pepprosesan hasil kacang tanah seperti kacang panggang, mentega kacang, kacang bersalut yang merangkumi aspek pembungkusan dan kawalan mutu.
Modul ini secara umumnya mengandungi pengelasan hasilan bakeri, peralatan bakeri, penyimpanan dan pengawetan, pemprosesan roti (bun) , roti sandwich dan pelbagai jenis pastri seperti pastri naik, pastri peram dan pastri minyak panas yang merangkumi bahan serta kepentingannya dan kawalan mutu produk.
Kawalan Mutu Makanan
Modul ini mengandungi pengenalan kepada mutu dan kawalan mutu makanan, aspek kawalan, pengukuran, persampelan, pengujian, penilaian deria, kebersihan dan sanitasi.