Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan Dan Perkhidmatan)
:::... Sinopsis Kursus V06 - STE ...:::
Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan Dan Perkhidmatan) meliputi pengetahuan teori dan amali dalam bidang teknologi elektrik, elektronik, kawalan dan komputer yang merangkumi modul amalan keselamatan, asas elektrik dan elektronik, pemasangan domestik dan industri, pemasangan motor, Programmable Logic Controller (PLC), asas kawalan motor, penyenggaraan peralatan electrical switchboard dan switchgear, aplikasi komputer dan perisian AutoCAD.
Lulusan kursus ini berpeluang berkhidmat sebagai ;
Juruteknik Elektrik
Pendawai Litar
Kontraktor Elektrik
:::... Modul-modul di bawah Kursus Sijil Teknologi Elektrik ( Pemasangan dan Perkhidmatan ...:::
Pemasangan Elektrik
Modul ini diperincikan kepada 3 sub- modul iaitu pemasangan elektrik fasa tunggal, pemasangan elektrik tiga fasa dan pemasangan papan suis dan suis gear (domestik dan industri). Pelajar akan didedahkan dengan pelbagai jenis pemasangan domestik dan industri, pemasangan aksesori, pemilihan dan pemasangan kabel serta penyenggaraan dan pembaikan.
Modul ini memberikan penekanan tentang pelbagai jenis peranti-peranti separuh pengalir, sambungan serta pembinaan litar kawalan mudah, cara-cara pengujian, penggunaan meter pelbagai dan osiloskop dan kaedah pematerian komponen pada papan litar bercetak. Selain itu, pelajar juga diberi pendedahan mengenai asas sistem digital seperti sistem pernomboran, sistem kod, get-get logik dan litar pencampur.
Di dalam modul ini , pelajar akan diberi pendedahan mengenai penggunaan mesin-mesin elektrik seperti penjana, motor elektrik satu dan tiga fasa serta kawalan motor satu fasa. Pelajar akan dijelaskan daripada bagaimana arus penjanaan terhasil, melakukan penyambungan pada sistem kawalan seperti kendalian terus pada talian dan kawalan mara songsang pada mesin elektrik.
Modul ini berasaskan latihan kemahiran kepada pelajar menggunakan komputer dalam membuat tugas-tugas pengurusan. Perisian yang diajar adalah seperti Ms Word, Ms Excel dan Ms Powerpoint. Selain itu, para pelajar juga dilatih menggunakan perisian CAD (Computer Aided Design). Perisian ini digunakan untuk menghasilkan grafik terutama untuk melukis simbol-simbol elektrik pada cetakan biru (blue print).