Pelaksanaan Diploma Kolej Komuniti , Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
::.. Pengenalan ..::
Satu garis panduan telah diwujudkan bertujuan untuk memberikan panduan dan maklumat kepada pengguna mengenai pelaksanaan Diploma Kolej Komuniti , KPTM. Diploma Kolej Komuniti dilaksanakan secara kerjasama dengan pihak Government Linked Companies ( GLCs ) dan organisasi lain yang berkaitan. Inisiatif ini juga merupakan lanjutan kepada keputusan Mesyuarat National Implementatioan Task Force ( NITF ) pada 27 Jun 2006 yang dipengerusikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia. Program diploma ini dilaksanakan dengan kerjasama GLCs dan syarikat-syarikat melalui pendekatan secara Work-Based Learning.
Kursus-kursus yang akan dimulakan pada Julai 2007 ini ialah Diploma Teknologi Automotif, Diploma Hotel dan Katering, Diploma Fesyen dan Pakaian, Diploma Teknologi Elektrik dan Diploma Teknologi Komputer. Sebanyak 11 buah kolej terlibat bagi tujuan penawaran diploma peringkat pertama ini.
Kaedah Diploma
::.. Program Diploma Kolej Komuniti ..::
Program ini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada semua lulusan Kolej Komuniti
melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Peluang ini diberi mengambil kira pencapaian akademik pelajar termasuk pengalaman kerja selepas tamat pengajian peringkat sijil dahulu. Program ini juga dilaksanakan secara kolaboratif dengan syarikat-syarikat yang telah menandatangani Perjanjian Usahasama ( MoU ) dengan Kolej Komuniti pada 2 Februari 2007
( Majlis Penjenamaan Semula Kolej Komuniti KPTM ) yang lalu.
Program ini dilaksana berasaskan konsep Work-Based Learning. Tempoh program Diploma ini ialah dengan minimum 3 semester dan maksimum 6 semester. Pelajar dikehendaki menjalani latihan di syarikat selama 2 semester dalam bentuk teori dan praktikal atau secara Work-Based Learning dan selama 1 semester lagi di Kolej Komuniti.
::.. Konsep Program Diploma ..::
Program ini melibatkan kerjasama Bahagaian Pengurusan Kolej Komuniti ( bersama Kolej-Kolej Komuniti ) dan syarikat-syarikat berkaitan. Kerjasama ini merangkumi pembangunan kurikulum dan pelaksanaan kurikulum ( penyampaian pengajaran dan pembelajaran ) secara kolaboratif di Kolej komuniti dan juga di tempat kerja.
::.. Struktur Program Diploma Kolej Komuniti ..::
Program Diploma ini akan ditawarkan kepada lulusan peringkat Sijil Kolej Komuniti dan akan menjalani tempoh pengajian selama 3 semester. Struktur Program Diploma ialah seperti di
Rajah 1.
|
SEMESTER
1
|
SEMESTER
2
|
SEMESTER
3
|
SEMESTER
4
|
SEMESTER
5
|
SEMESTER
6
|
SEMESTER
7
|
|
Peringkat Sijil di Kolej Komuniti
|
WBL ( di GLCs )
|
Dalam Kampus
|
Rajah 1 : Struktur Program Diploma Kolej Komuniti KPTM.
::.. Jumlah Kredit Program Diploma Kolej Komuniti ..::
Penetapan Kredit bagi Program Diploma ini memenuhi keperluan minimum Lembaga Akreditasi Negara ( LAN ) dan Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) bagi peringkat Diploma seperti pada Jadual 1 berikut :-
Jadual 1 : Penetapan Kredit
|
Bil.
|
Perkara
|
Kredit
|
|
1.
|
Jumlah kredit minimum program Diploma
|
90 Kredit
|
|
2.
|
Jumlah kredit semasa program Sijil
|
60 Kredit
|
|
3.
|
Jumlah kredit minimum *WBL
|
20 Kredit
|
|
4.
|
Purata kredit minimum Semester 7
|
15 Kredit
|
|
5.
|
Memenuhi Keperluan
|
LAN , JPA
|
*WBL = Work-Based Learning
Satu pendekatan inovatif diperkenalkan dalam pelaksanaan program Diploma Kolej Komuniti iaitu Work-Based Learning atau Pembelajaran Berasaskan Kerja. Pendekatan ini melibatkan Semester 5 dan 6 di mana pelajar yang mengikuti program ini akan mendapat pengalaman kerja sebenar di tempat kerja untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Pada Semester 7 , pelajar-pelajar dikehendaki belajar di Kolej Komuniti dengan mengambil beberapa modul untuk mengukuhkan komponen akademik dalam bidang berkaitan.
Pendekatan ini akan memastikan lulusan yang dihasilkan memenuhi keperluan industri dan meningkatkan kebolehpasaran ( marketability / employability ) mereka.
::.. Konsep Pembelajaran Berasakan Kerja atau Work-Based Learning ..::
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Kerja merupakan salah satu kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang inovatif. Pendekatan ini melibatkan kerjasama antara Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti , Kolej-Kolej Komuniti dan syarikat-syarikat yang berkaitan. Kerjasama ini mengambil kira aspek-aspek penting yang terlibat dalam sesuatu sistem pendidikan iaitu pembangunan kurikulum , penyampaian pengajaran dan pembelajaran , pentaksiran serta peperiksaan. Pendekatan ini memastikan supaya pengetahuan , kemahiran dan juga sikap yang positif dapat diterap ke dalam diri pelajar dengan lebih berkesan.
Pendekatan ini adalah selaras dengan amalan peringkat antarabangsa sebagai contoh, Washington State University mendefinisikan WBL sebagai pengalaman pembelajaran di mana pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi di institusi dan di industri adalah berkaitan dengan apa yang diperlukan di alam kerja sebenar. WBL juga menekankan aktiviti-aktiviti dan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran untuk membantu pelajar-pelajar membangun dan memenuhi perancangan kerjaya dan pendidikan individu. |