Lulus peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ( SPM ) atau SIJIL PELAJARAN MALAYSIA VOKASIONAL (SPMV) - LULUS BAHASA MELAYU
:::... Tempoh Pengajian ...:::
Tempoh minimum pengajian bagi semua kursus sijil ialah dua tahun ( 4 semester ) dan tempoh maksimum ialah lima tahun ( 10 semester )
:::... Bayaran Yang Dikenakan ...:::
Yuran Pengajian RM 200.00 setiap semester pengajian.
Cara bayaran - Kiriman Wang Pos atas nama Pengarah Kolej Komuniti Arau Perlis.
Yuran Pelbagai RM 210.00 dibayar semasa pendaftaran semester pertama sahaja.
Cara bayaran - Kiriman Wang Pos atas nama Koperasi Kolej Komuniti Arau Perlis.
:::... Sesi Pengambilan Pelajar dan Bantuan Kewangan ...:::
Pengambilan Pelajar Kolej Komuniti diadakan dua ( 2 ) kali dalam setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai.
Bagi kursus formal, calon boleh memohon dengan menggunakan borang yang boleh dibeli di mana-mana Kolej Komuniti atau permohonan secara on–line di
http://www.bpkk.edu.my. Iklan mengenai permohonan akan dikeluarkan pada bulan Februari/Mac dan September/Oktober setiap tahun. Bagi kursus pendek pula mereka yang berminat boleh melihat iklan atau brosur mengenai kursus yang ditawarkan di kolej yang berkenaan.
Pelajar layak memohon pinjaman Tabung Pinjaman Pelajaran KPTM atau bantuan kewangan / biasiswa / pinjaman daripada mana-mana penaja yang lain. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran pengajian Kolej Komuniti KPTM untuk tujuan tersebut.
Pelajar boleh melayari laman web Sektor Pengurusan Kolej Komuniti untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut tentang proses kemasukan ke Kolej Komuniti KPTM