Sukacita dimaklumkan bahawa Unit ePerolehan Kementerian Kewangan Malaysia dengan kerjasama Commerce Dot Com Sdn Bhd akan menganjurkan satu sesi Taklimat ePerolehan bagi pembekal, bertempat di Pusat Budi Penyayang, Lot 2462, Jalan Bertam 2, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang pada 4- 5 Ogos 2010. Taklimat ini terbuka kepada semua pembekal peringkat Zon Utara.
>> Read more
Keputusan Peperiksaan Akhir Semester, Sesi Januari 2010
Dimaklumkan bahawa para pelajar Semester 1 dan Semester 2 Kolej Komuniti Arau Perlis boleh menyemak keputusan Peperiksaan Akhir Semester, Sesi Januari 2010 melalui laman iPelajarmulai pada27 Jun 2010 mulai jam 8.30 pg. Sila masukkan nombor pendaftaran anda untuk username dan nombor kad pengenalan anda untuk password.Pelajar Semester 4 boleh membuat semakan keputusan peperiksaan akhir mulai 4 Ogos 2010.
Minggu Pembelajaran Sepanjang Hayat 2010 akan diadakan pada 11 hingga 14 Mei 2010 di Kolej Komuniti Arau Perlis. Pelbagai program dan kursus pendek akan ditawarkan dengan yuran yang berpatutan.
>> Read more
Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Wilayah Utara 2010 kali ke- VII
Sukacita dimaklumkan, Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Wilayah Utara 2010 kali ke- VII akan diadakan pada 16 Mei 2010. Dokumen berkaitan majlis konvokesyen ini boleh dimuat turun melalui pemberitahuan ini...
>> Read more
Keputusan Peperiksaan Akhir Semester, Sesi Julai 2009
Dimaklumkan bahawa para pelajar Semester 1 dan Semester 2 Kolej Komuniti Arau Perlis boleh menyemak keputusan Peperiksaan Akhir Semester, Sesi Julai 2009 melalui laman iPelajarpada 1 Januari 2010 mulai jam 8.30 pg. Sila masukkan nombor pendaftaran anda untuk username dan nombor kad pengenalan anda untuk password. >> Read more