Malam Jasamu Dikenang , Semusim Berlalu Sejuta Kenangan.
Kolej Komuniti Arau Perlis telah mengadakan satu majlis bersempena dengan persaraan mantan Pengarah Kolej Komuniti Arau Perlis iaitu Encik Abdul Wahab bin Ismail. Majlis ini telah diberi nama , Malam Jasamu Dikenang , Semusim Berlalu Sejuta Kenangan. Majlis ini telah diadakan di Hotel Putra Palace , Kangar pada 17 Mei 2008.