Lawatan daripada pihak University of Rajabhat Bangkok Cawangan Saturn , Thailand.
Pihak Kolej Komuniti Arau Perlis julung kalinya telah menerima lawatan daripada pihak luar negara iaitu daripada University of Rajabhat Bangkok Cawangan Saturn , Thailand. Para pelawat adalah terdiri daripada Pegawai Perhubungan Luar Universit , Pensyarah dan para Pelajar daripada Fakulti Pembangunan Masyarakat. Majlis Suai Kenal dan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak dan Bola Tampar telah diadakan bagi menyambut kedatangan mereka. Pihak Kolej Komuniti Arau Perlis amat berbesar hati dengan kunjungan daripada pihak University of Rajabhat Bangkok Cawangan Saturn , Thailand.