Kolej Komuniti Arau Perlis di Sek. Men. Teknik Arau , Perlis.
Pada awal penubuhan Kolej Komuniti Arau Perlis , pihak Kolej menumpang di Sekolah Menengah Teknik Arau Perlis bagi menjalankan semua aktiviti pengurusan , pentadbiran , pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini berlaku di sebabkan oleh kolej Komuniti Arau Perlis belum mempunyai kampus atau bangunan tetap lagi pada masa itu. Seluruh warga Kolej Komuniti Arau Perlis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Teknik Arau Perlis kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh penempatan Kolej Komuniti Arau Perlis di Sekolah Menengah Teknik Arau Perlis. Berikut adalah sebahagian daripada koleksi gambar aktiviti-aktiviti Kolej Komuniti Arau Perlis di Sekolah Menengah Teknik Arau Perlis :-